Saturday, October 14, 2006

jgn mengeluh ... kudapan dr email (2)

mengeluh ... ???
adoss ...
aduhai ..
alaa ...
hehhhhh ...

semua tu kira menunjukkan respon untuk MENGELUH. aku pun kekadang mengeluh jugak. pikir pasal kerja, pasal opis, pasal rumah, pasal kampung, pasal pekan, pasal negeri, pasal dunia .... kita hanya insan biasa ....

di bawah aku paparkan sedikit kudapan untuk jiwa kita khasnya yg suka sangat mengeluh ....

JANGAN MENGELUH .........

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah
menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."

Surah Al-Ankabut ayat 2-3
__________________________________________________________________

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216
_______________________________________________________________________
_____

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286
_______________________________________________________________________
_____


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139
_____________________________________________________________________

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
___________________________________________________________________

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45
_______________________________________________________________________
_

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111
_______________________________________________________________________
___

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129
____________________________________________________________________________

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


itulah sekadar renungan ...

salam

Sunday, October 08, 2006

apakah nilai penilaian ini ...

dah dekat seminggu aku tak update kudapan ini.



aku tengah siapkan penilaian untuk staff aku. 3 orang. pembantu makmal komputer. aku bagi assignment untuk setup PC from sracth. emmm... bagi aku depa memang boleh buat sbb tiap2 hari dok tengok benda. Pasai apa tak bagi lagi advance ? setup server pakai Fedora ka ? setup domain server ka ? ... nanti aku nak bagi apa kat technician aku...

tu bukan isu dia. Isu yg aku dok pikiq nie .. apakah kesan dan significant penilaian cam nie..

bagi aku, byk faedahnya :
: sekurang2 nya dia dapat hands-on kerja nie walaupun tiap hari dok buat. dia punya feel lain.
: aku boleh gak tengok nilai2 disebalik kerja tuh .. emmmmm
: boleh plan depa nie kena improve kat bahagian mana
: boleh tengok attitud tiap2 sorang ... :)

faedah lain : penting untuk kenaikan gaji depa .. ishhhh..ishhh.. ni yang haru nie. kira aku akan contribute sedikit sebanyak kepada periuk nasi mereka. ( rezeki itu ketentuan Allah ... ). aku pun manusia biasa dan depa pun manusia biasa. kekadang ada saja yang tak kena.

cuma, aku cuba buat yang terbaik ... tak langgar prinsip kehendak perkhidmatan aku dan staf aku dapat yang terbaik. tak terinaya dan jugak tak lemak. fair and square. hang perform, aku kena kata hang performed. Hang problem, aku kena kata hang problem.
improved your self.

"Ya Allah, kasihanilah ibubapaku sebagimana mereka memelihara aku semasa kecil "

salam

Tuesday, October 03, 2006

kudapan dr email ... (1)

berikut merupakan kandungan email dr seseorang. aku telah mengolah sedikit tanpa menjejaskan kandunganya :

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang dinamakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy .

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang, akan menyebabkan otaknya tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

semoga ia dapat menjadi kudapan minda dan rohani kita ...

salam

Wednesday, September 27, 2006

i look blue ... am i

hari nie aku masuk opis lambat. lesu dan tak bermaya. bukan sebab ibadat kuat. cuma letih kapla otak nie aje.
kekadang tu pikir jugak aku nak keja sendiri. ada bisnes sendiri. tapi sifat penakut tu ada lagi.Ntahlah. mungkin aku masih dijajah lagi kot.

tadi nampak budak2 yg baru konvo september lepas dok tunggu gilaran nak interview tutor. terpikir jugak aku, bila aku nak upgrade diri aku nie. takkan duduk kat takat nie saja. dah la rasa macam 2nd citizen plak. well, rasanya kalau aku kat tempat lama, mungkin la nie dah manager dah kot. emmmm... c'on man. dont look back. past is past. you are on new track man.

Nak join balik ka tempat lama atau at least cari position yg setaraf . Kekadang dilemma jugak. yg pasti kalau aku nak masuk line yg lama, aku kena pi KL. KL ??????? . Damn. i don't like it. lebih kurang 3 tahun aku kat sana, dah naik muak dah. mungkin aku ni lahir di kampung yg serba aman dan tenteram. sebab tu tak suka kelam-kabut tuh. letih sangat.

or ... mungkin aku boleh migrate. But where ???. Japan, Comoros Island, US, Eropah, Turki, New Zealand, Iraq, Iran, Arab Saudi, or cari mana2 remote Island, develop it buat tourism punya destination. Who knows, i might be next ...

or ..

Tuesday, September 26, 2006

STAR ... di sini bermula...














tiba2 beberapa hari lepaih, aku teringat untuk 'menjejak kasih' kawan2 masa sana. STAR Ipoh. Aku batch 87-91. Guna google, aku cuba search nama kawan2. Luqman, farid dan beberapa nama lagi. Nasib aku baik dengan si Luqman ni. Pup nama dia keluaq. La ni kat MASCargo. Dr dia la, aku dapat tau yg batch aku memang dah ada mailinglist sendiri. so aku pun di daftarkan.

Lepaih tu ramai la jugak yg menyapa. Shazman, Adi aka belacak, Si Khairul aka Alien, dll. Rasa syahdu plak. Harap2 perkenalan 5 musim dulu tu dapat dipupuk kembali.

Kemudian, aku mula tengok website STAROBA. Alhamdulillah banyak latest info yg aku dapat esp pasal STAR dan aktivitinya.

Anyway, memang takkan aku lupa kenangan2 aku di STAR. kawan2, cikgu2, warden2, slanga budak STAR, dining hall dan macm2 lagie. semoga STAR terus bersinar di seantero ceruk rantau


Lagu sekolah ...


Bangunlah wahai teman-temanku
Berkorban segenap tenagamu
Bersama berusaha
Memajukan bangsa
Serta tanah air kita

Bangunlah tuntut segala ilmu
Tunjukkan kebaktianmu
Jangan membuang masa
Dengannya sia-sia
Kerana Ilmu Panduan Hidup



some video clip from STARians .. bravo





salam

Monday, September 25, 2006

Baling , ubat dan ramadhan

Hari nie hari ke-2 umat islam di Malaysia berpuasa.
Actually, aku masih coti lagi hari nie. Cuma disebabkan rasa tanggungjawab kena mai pasal ada meeting, maka aku pun mai jugak. Meeting yg sekadar makan masa cuma 15 minit jo. Anyway meeting tetap meeting.

Aku berada di kg 2 hari lepas. Nun di Baling. Sapa yag tak kenal Baling, memang sah tak tau sejarah negara kita. (lawak ja no.. jgn marah). Baling yg penuh dengan peristiwa bersejarahnya. Pertemuan antara Tunku dan Chin Peng, Mogok Lapar 1974 dan Peristiwa Memali. Sekadar menyebut beberapa peristiwa.

Baling juga terkenal dengan tempat rekreasinya terutamanya lata dan air terjun. Lata Bayu, Lata Bukit Hijau, Lata Mengkuang dan beberapa lata lagi. Tarikan terkini adalah Kolam Air Panas Ulu Legong. Takat ni baru 2 kali aku sampai. Sebelum dimajukan dan selepas dimajukan. Memang berbeza betul. sapa2 yg nak pi boleh la pi, memang tak rugi. Cuma kena timing betul. Selalunya crowded antara pulu 12 mlm sampai 4 pagi. cam tuh la keadaannya.

aku jugak baru bawa bapak aku ke Metro Hospital Sungai Petani. Suspect jantung. Dah lebih kurang 2 bulan dah aku berulang-alik ke Metro tuh. Alhamdulillah. Semua ok. Jantung bapak aku masih mantap dan baik. Doktor tu pun puji. Tak tau la kot2 nak ambik hati bapak aku. Dia kata bapak aku steady ja macam orang umur 50 tahun walaupun la ni dia dah 74 tahun dah. Memang aku pun tak nafi bapak aku kira awet muda jugak lah. Mungkin besa kerja kampung kot.
Terbang juga la 2, 3 ratus. Congak2 dalam kepala, takat la ni mau dah lebih seribu habih kat situ saja. Tak pa la. Kesihatan lagi penting. Apa guna ada duit banyak kalu kesihatan out. Nak makan-minum kena pantang. Masin sikit tak boleh, manis sikit tak bleh. Last2 makan bubur nasi saja tupun masin tarak. Semoga kesihatan bapak kembali sediakala.

ramadhan. memang ramai orang dok tunggu bulan nie. aku cam 2 tahun lepas. Buka dulu pakai kurma saja. Lepaih belasah nasi plak. Tersandar duduk. memang makan-tedarah sungguh. Cuma sahur ok sikit sbb kurma sebiji plus air sejuk. alhamdulillah. posa lagi aku tahun nie. Semoga Allah memberi hidayah kepada aku, kedua ibubapaku, isteriku, keluargaku, kawan2 aku, guru2 aku dan umat islam seluruh dunia.

SELAMAT BERPUASA

Thursday, September 21, 2006

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan














Bahang Ramadhan kian terasa
saat Syaaban menjauh diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan


Ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yg bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yg patuh pada
yang Maha Khaliq

Ramadhan datang lagi
untuk mengulabgi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah Ramadhan kali ini
yg banyak dibiarkan berlalu
tanpa diisi dengan iqra' dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada Ilahi kerana
Ramadhan masih sempat di tempuhi ...


ehsan Pusat Islam, UUM


salam